YANG BUAT DEMO NI, KADER SAPA???


Semut cukup tertarik dengan apa yang dinyatakan oleh salah seorang pengunjung blog Semut dengan komen yang telah diberikannya ini:

Tanpa Nama berkata...
Memang sahlah bebudak mahasiswa Melayu tu dah mula menunjukkan bebal mereka bila bawa poster berbunyi "Bebaskan universiti dari cengkaman politik".
Selama ni parti politik mana yang beria-ia mengrekrut bebudak tongong ni jadi kader-kader mereka untuk menegakkan negara Islam (konon2nyalah)?
27 Oktober 2011 12:09 PG
Apa yang dinyatakan cukup jelas. Persoalan yang diluahkannya pun cukup nyata. Kenapa pulak pihak - pihak tertentu suka menyalahkan orang lain sedangkan mereka sendiri tak tau nak buat kerja?

Itu persoalan yang utama. Adakah dengan hanya mengkritik, satu - satu masalah tu dapat diselesaikan secara adil dan saksama demi kepentingan rakyat?

Takkan la orang yang bergelar wakil - wakil rakyat dikalangan Pembangkang tu tak sedar dengan perkara seumpama ini dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab mereka?

Yang budak - budak belajar di Universiti tu pun sama jugak. Penat lelah orang tua dikampung hantar mereka belajar tinggi - tinggi.

Hasrat mereka untuk melihat anak - anak ni jadi orang yang berguna dan mempunyai ilmu yang lebih tinggi dari mereka sendiri.

Tapi malangnya, anak - anak tu dok sibuk pulak berpolitik sana sini dan mudah dipengaruhi oleh anasir - anasir luar yang tidak mendatangkan sebarang faedah.

Cuba jelaskan, siapa yang menjadikan pelajar - pelajar Universiti ni terlibat dalam kancah Politik kalau bukan puak - puak Pakatan Pembangkang tu jugak?

Jadi, adakah pelajar - pelajar tu sebenarnya nak menentang penglibatan Pakatan Pembangkang yang jelas mempergunakan mereka demi kepentingan Politik mereka sahaja?

Nama je belajar Universiti, tapi benda diorang buat pun diorang sendiri tak tau. Buat rugi je mak ayah hantar diorang belajar tinggi - tinggi. Menangabihkan masa je!!! Ceit!!! Pigidah!!!

No comments:

Post a Comment

Followers