BANJIR DI KEDAH: TOK JAN BAKAL MENGAMUK LAGI???


Hah!!! Takkan baru keluar Hospital, Tok Jan nak mengamuk lagi kot. Hari tu, bila orang pertikai mengenai bantuan banjir, dia sibuk marah - marah pada pihak media.

Konon kata dia bantuan dari pihak Kerajaan Negeri dah diberi cuma liputan dari pihak media je yang tak ada.

Sekarang, perkara yang hampir sama dah berlaku sekali lagi di Negeri Kedah. Tok Jan jangan lupa panggil pihak media untuk buat liputan.

Kalau tak de liputan nanti, dia marah pulak. Jadi, cepat - cepat la dia pakai baju hujan dan mulakan bantuan kepada mangsa - mangsa banjir.

Nanti kalau ada media yang tersalah buat liputan, jangan salahkan orang lain pulak. Jangan sampai orang dah pertikai baru nak buat kerja!!!
BALING 28 Ogos - Persiapan Aidilfitri lebih 2,000 penduduk di daerah ini terjejas teruk berikutan banjir yang melanda lebih 20 kampung di daerah ini malam ini.

Hujan lebat lebih empat jam sejak tengah hari ini menyebabkan ribuan penduduk panik dengan sebahagian daripada mereka gagal menyelamatkan harta benda.

Kira-kira tujuh keluarga di Kampung Banggol Chicar Kupang terpaksa berbuka puasa dalam banjir pada paras 0.5 meter.

Imam surau kampung berkenaan, Hashim Alias, 48, berkata, air mula naik kira-kira pukul 7.30 malam menyebabkan dia hanya sempat minum air sebelum berusaha menyelamatkan keluarga dan harta benda.

Dua anaknya, Nazirah 21, yang sarat mengandung dan Mashitah, 24, yang masih dalam pantang terpaksa meredah banjir untuk menyelamatkan diri.

Pekan Kupang turut dinaiki air menyebabkan berpuluh peniaga terpaksa menyelamatkan barang perniagaan masing-masing.

Antara kampung yang turut terjejas teruk ialah Kampung Belakang Sekolah, Kampung Belakang Panggung, Kampung Raja, Kampung Tanah Periuk Pekan Khamis, Kampung Landak, Kampung Padang Cina dan Kuala Pegang.

Turut dinaiki air adalah Kampung Sadik, Jerai, Bukit Terabak, Banggol Lahar dan Gua Reban dengan beratus buluh lemang untuk persiapan hari raya milik penduduk turut dihanyutkan air. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Followers