MAT SYABUN JADI PEMANDU KETERAPI PUN TAK LAYAK!!!

Harap Tido Je Yang Dia Tau, Yang Lain Semua Dia Lupa!!!
Ya!!! Memang dia tak layak untuk jadi seorang pemandu keretapi. Kalau dia jadi pemandu keretapi, dah sah dia akan buat keretapi tu berlanggar.

Mana tidaknya kalau dah asyik terkeluar dari landasan je kerjanya. Mau tak ngeri orang naik keretapi tu nanti. Bukan setakat bawak keretapi je dia tak layak.

Mat Syabun ni tak layak jugak nak jadi penceramah sebab bila dia bercakap pun tak tau apa benda yang dia katakan. Semua benda dia tak ingat. Jadi, macam mana orang nak percaya?

Nak suruh Mat Syabun ni jadi pemimpin? Lagi la punah Negara ni dimasa akan datang. Apa la malang dapat pemimpin yang selalu hilang ingatan macam Si Mat Syabun ni.

Habis, semua benda dia tak boleh buat? Nak suruh Mat Syabun ni jadi apa? Jadi Penipu je la. Itu je yang dia pandai pun!!!

PAGOH, 31 Ogos – Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu perlu balik ke landasan yang betul dan berpegang kepada prinsip taqwa.
Sebagai seorang pemimpin Islam, beliau berkata Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu patut selalu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan sentiasa bercakap benar.
Timbalan Perdana Menteri (gambar) berkata tindakan Mat Sabu memutarbelitkan kenyataan adalah satu dosa.
“Kalau dah tersasul dia kena mohon ampun pada Tuhan dan bertaubat supaya tak melakukan sesuatu seperti itu lagi,” katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar di sini hari ini.
Dipetik Bernama Online, Muhyiddin berkata demikian semasa diminta mengulas tindakan Mat Sabu menafikan mengeluarkan kenyataan berhubung tragedi Bukit Kepong yang mendakwa penyerang anggota keselamatan dan keluarga tragedi itu adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Muhyiddin kesal dengan kenyataan Mat Sabu dan menyifatkan pemimpin PAS itu lebih berpolitik dan tindakan Mat Sabu menafikan membuat kenyataan itu dan berhasrat menyaman akhbar Utusan Malaysia hanyalah psikologi politik bagi memperbetulkan keterlanjurannya.
“Bagi saya, saya tak tahu ini gambaran PAS yang sebenarnya atau perlakuan peribadi Mat Sabu tetapi yang pastinya apabila seseorang seperti beliau berucap, beliau bercakap dalam kapasiti sebagai Timbalan Presiden (PAS),” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata kalau itu menjadi trend PAS pada masa akan datang, ia telah lari daripada asas perjuangan parti berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Followers