KENYATAAN DR. CHE ROSLI YANG BUAT FUZIAH MENYINGA!!!


Ya!!! Dr. Che Rosli, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga Pakar Nuklear sekali lagi berjaya membangkitkan kemarahan Fuziah didalam media.

Selepas pendedahan yang dibuat melalui TV3 baru - baru ini, Dr. Che Rosli sekali tampil dan memberikan penjelasan mengenai kontroversi yang telah dicetuskan terhadap Fuziah.

Ahli Parlimen PAS tu turut menyatakan bahawa dia akan tetap akur dengan sebarang tindakan PAS sambil menegaskan kemunculannya di TV3 adalah atas dasar peribadi.

Katanya, pihak TV3 telah dimaklumkan bahawa kehadirannya dalam sesi temubual itu bukan sebagai wakil TV3, tetapi atas kapasiti dirinya sebagai seorang saintis.
“seperti Dr Ahmad Termizi Ramli (Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan), saya muncul di TV3 sebagai saintis. Itu sahaja.”
Malangnya, kata dia, pihak TV3 telah mengatributkan dirinya sebagai Ahli Parlimen PAS sehingga menimbulkan kontroversi.

Bermakna, Dr. Che Rosli mengakui bahawa TV3 berkata benar. Bukankah dia sememangnya seorang Ahli parlimen dari PAS? Apa guna dia nak sangkalkan kenyataan tersebut?

Atau adakah dia malu untuk mengakui dirinya sebagai seorang ahli Parlimen yang mewakili Parti Angguk Saja tu semata - mata untuk mengelakkan diri dari dikenakan tindakan?

Mungkin Dr. Che Rosli tak sedar bahawa yang menimbulkan kontroversi bukan sebab dia mewakili PAS atau dia merupakan ahli saintis Nuklear.

Tetapi kontroversi tercipta apabila dia mengakui bahawa Ahli Parlimen PKR, Fuziah 'Reaktor' tu telah menyelewengkan fakta mengenai pembinaan Kilang Lynas.

Walaupun, kata Che Rosli, dia hadir sebagai seorang saintis, tetapi pendedahan yang dibuat itu tidak bertentangan dengan pendirian parti kerana dia juga tidak menyokong Lynas.

Kata dia, apa yang dijelaskan didalam temubual tersebut hanya merupakan satu cadangan bagaimana sisa buangan loji tersebut boleh diuruskan.

Secara tidak lansung, kenyataan itu sahaja sudah menyangkal dakwaan Fuziah yang selama ini sering mempertikaikan mengenai kaedah pembuangan sisa dari loji berkenaan.

Bermakna, Dr. Che Rosli mengakui bahawa sisa buangan loji tersebut dapat dikendalikan dengan baik dan betul, tidak seperti yang dinyatakan oleh Fuziah selama ini.

Ditanya sama ada dia sudah dimaklumkan secara rasmi oleh Kepimpinan PAS Pusat mengenai penjelasan, kata Che Rosli, dia masih belum menerima sebarang surat rasmi.
“Saya akan bertemu dengan presiden parti, tetapi kalau nak saya beri penjelasan... boleh, tiada masalah, sila hantar surat secara formal, melalui surat berdaftar... saya akan pergi, sekarang saya baru dengar melalui akhbar, belum ada surat rasmi,” kata wakil rakyat ini.
Dalam pada itu, Dr. Che Rosli juga pernah menyarankan kepada Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Pembangkang agar dapat memajukan sektor tenaga ini.

Kalau ianya berlaku, kita tengok. Adakah Si Fuziah ni nak bantah atau dia akan menyokong usaha Kerajaan Negeri tersebut? 

Kesimpulannya, pendedahan yang dibuat oleh Dr. Che Rosli adalah atas kapasiti dia sebagai seorang ahli saintis.

Manakala kenyataan serta dakwaan yang dibuat Fuziah adalah atas dasar Politik semata - mata demi kepentingan diri dia sahaja. Dan, seperti yang kita tahu, ahli Politik PKR ni pulak suaka menipu. Itu je kerja yang dia tau pun!!!

No comments:

Post a Comment

Followers