DARI SURIHANI BAKAL JADI SURI RUMAH TANGGA!!!


Haduh!!! Pedih rasanya bila baca laporan ni. Tentu ramai peminat - peminat pelakon yang pelat huruf 'R' ni rasa sedih. 

Hari tu dah lega sikit isu dia nak kahwin dengan Yusry KRU, sekarang dah timbul balik. Tapi bukan tahun ini atau tahun depan. Tahun 2013 nanti baru dia nak kawin. 

Lambat lagi la nampak gayanya. Tapi apa - apa pun, dah tentu ramai yang rasa tak senang duduk bila artis pujaan diorang ni bakal mengakhiri zaman bujangnya nanti. Hm...

Walau apa pun, sama - sama la kita doakan agar Cik Lisa Surihani ni dapat menjadi suri rumah yang baik serta bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Setelah hampir dua minggu membisu mengenai desas-desus perkahwinannya, aktor duda yang tampan, Yusry Abdul Halim akhirnya mengaku merancang berkahwin dengan buah hatinya Lisa Surihani.
"Insya-Allah jika semua berjalan lancar dan tidak ada apa-apa halangan dari segi kerja, saya akan melamar Lisa dan mengahwininya pada 2013.
"Kalau tanya pada hati, memanglah saya mahu cepat tetapi apa-apa pun kami harus menghormati keluarga mengenai hasrat kami itu.
"Apa yang pasti, kami tidak mungkin berkahwin tahun depan kerana Lisa akan berlakon dalam filem arahan saya, Ular," akui Yusry, 37, ketika ditemui pada majlis berbuka puasa KRU di Hotel JW Marriot, baru-baru ini.
Ular yang dijangka memulakan penggambaran pada awal tahun depan dengan kos penerbitan RM1.7 juta akan menampilkan Lisa sebagai wartawan yang membantu menyelesaikan tragedi ular sebagai pembunuh manusia.
"Disebabkan kesibukan saya dan Lisa, kami tidak akan berkahwin tahun depan dan mudah-mudahan niat murni kami akan dapat dilaksanakan pada tahun berikutnya," kata Yusry.
Yusry yang mula intim dengan Lisa sejak lapan bulan lalu mengakui walaupun tempoh perkenalan mereka agak singkat namun banyak keistimewaan Lisa yang memikat hatinya.
Selepas bercerai dengan Erra Fazira, dia pernah berkawan dengan beberapa gadis namun hubungan itu hanya bertahan dua bulan.
"Namun Lisa amat berbeza. Dua bulan pertama mengenalinya, Lisa berjaya memikat hati saya dengan sifatnya yang lemah lembut dan begitu pandai menarik hati keluarga saya," kata Yusry.
Ditanya apa keistimewaan Lisa yang benar-benar menambat hatinya, tanpa teragak-agak Yusry berkata;
"Saya suka memandang wajah Lisa yang manis dan ayu. Setiap kali menatap wajahnya hati saya sejuk dan jiwa menjadi tenang. Itulah yang membuatkan saya menyenanginya."

No comments:

Post a Comment

Followers