FUZIAH TERKEJUT DENGAN CADANGAN PAK BERAHIM!!!


Wah!!! Punya terkejut sampai terbuntang mata Kak Gee 'Reaktor' bila membaca cadangan yang diketengahkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat ni.

Tanpa disangka - sangka, Pak Berahim yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang tu dah memberikan idea sedemikian untuk menyelesaikan konflik yang sedang melanda.

Terdahulu, umum tahu bahawa Kak Gee 'Reaktor' kita ni dah dikantoikan oleh Ahli Parlimen PAS Hulu Langat kerana menipu dan menyelewengkan fakta.

Mungkin sebab pendedahan yang dibuat tu datangnya dari seorang pakar dalam PAS, maka mereka terpaksa mengeluarkan cadangan agar diadakan referandum rakyat seperti ini:
KUALA LUMPUR, 29 Ogos — PAS mahu Putrajaya mengadakan satu referendum bagi mendapatkan pandangan rakyat jelata mengenai operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng sebelum ia beroperasi, dijangka mulai bulan depan.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata meskipun laporan badan penilai antarabangsa sebelum ini pernah memberi ‘lampu hijau’ tentang aspek keselamatan loji itu, tetapi wujud pandangan berbelah bahagi dengan ada yang menyokong dan ada yang membantahnya.
“Jadi, bagi menyelesaikan kemelut ini, saya meminta agar kerajaan mengadakan satu referendum di kalangan rakyat melibatkan kawasan sektar 70 kilometer.
“Jika rakyat bersetuju teruskan, dan jika tidak bersetuju batalkan operasi loji yang hendak dimulakan dalam waktu terdekat ini, saya difahamkan September ini” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Kata beliau, meskipun ada laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang diumumkan awal Julai lalu tetapi wujud pandangan berbeza - ada rakyat tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan terus melahirkan kebimbangan mengenai aspek keselamatan loji tersebut dalam jangka panjang.
“Bagi memastikan syarikat Lynas rasa selesa dan rakyat diberi peluang memberikan pandangan, kita mencadangkan agar diadakan satu referendum... jika majoriti rakyat mengatakan mereka terima loji itu, maka kerajaan boleh membenarkan operasi loji tersebut,” kata beliau lagi.
Bunyi macam yakin sangat Pak Berahim kita ni dengan cadangan yang diberikan. Mungkin dia yakin ramai yang akan membantah pembinaan kilang tersebut.

Andaikata, referandum tersebut menyokong pembinaan kilang Lynas di Gebeng, adakah ianya akan memuaskan hati Si Fuziah 'Reaktor' tu nanti?

Rasanya belum tentu. Sebab cadangan untuk memanggil Jawatankuasa Bebas bagi membuat kajian dulu pun adalah cadangan dia sendiri.

Tetapi apabila keputusan dari badan bebas tu dikeluarkan, dia tetap membantahnya, walaupun pun cadangan tu dia yang buat. Inikan pulak cadangan orang lain.

Sekiranya keadaan itu berlaku dimana rakyat menyokong pembinaan kilang tersebut di Gebeng, adakah PAS akan turut sama menyokong pembinaan kilang tu nanti?

Itu persoalan yang perlu dijelaskan sebelum referandum tersebut dibuat. Takut nanti PAS akan terbelit dalam perangkap mereka sendiri dan  banyak bagi alasan untuk keluar.

Dah jelas yang Pak Berahim ni masih belum masak dengan perangai puak - puak Parti Kencing Rakyat ni rupanya. Diorang sehabis boleh nak menipu rakyat je kerjanya. Bukan kisah sangat dengan kilang tu pun!!!

No comments:

Post a Comment

Followers