MAT SABUN PELUPA, PAS PULAK JADI BISU!!!


Itu persoalan yang perlu dijelaskan oleh puak - puak Parti Angguk Saja mengenai kenyataan Timbalan Presiden mereka sendiri.

Tak perlu nak dipertikaikan lagi sebab bukti semua dah ada. Memang sah Mat Sabun tu sendiri yang mengeluarkan kenyataan menghina pejuang - pejuang Negara.

Dia dengan jelas mengkritik mereka dengan menyifatkan bahawa mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong sebagai barua British.

Malah, tidak sampai disitu sahaja. Mat Sabun juga turut menjulang puak - puak pelampau Komunis yang membunuh pasukan Keselamatan serta keluarga mereka sebagai hero.

Bukan setakat kaum lelaki sahaja yang dibunuh, tetapi termasuk kaum wanita dan anak - anak kecil. Kezaliman seumpama itu yang dinobatkan sebagai pejuang oleh Mat Sabun.

Apa yang menghairankan, Si Timbalan Presiden PAS ni dengan mudah menyatakan bahawa dia terlupa apa yang dia cakap dalam ceramah tersebut.

Dia juga turut memberikan alasan mahu melihat semula rakaman ceramah tersebut sebelum memberi sebarang penjelasan.

Paling menyedihkan ialah apa bila tindakan seumpama itu dibiarkan sahaja oleh kepimpinan PAS Pusat seolah - olah ianya tidak berlaku.

Itu yang peliknya. Kalau dengan Datuk Dr. Hassan Ali yang menyokong tindakan JAIS, cepat pulak mereka memberikan respon. Tetapi dalam isu ini, kenapa diorang hanya diam?

Kalau kena dengan pendedahan Dr. Che Rosli mengenai penyelewengan fakta yang dilakukan oleh Fuziah 'Reaktor', beria - ia Ketua Penerangan PAS Pahang desak suruh ambik tindakan.

Padahal, apa yang dijelaskan oleh Dr. Che Rosli adalah mengenai Kebenaran dan berdasarkan ilmu yang dia ada. Bukan sekadar andaian kosong.

Tetapi, kenapa dalam isu ini dia senyap pulak? Kenapa dia tak nak desak agar Mat Sabun tu dikenakan tindakan?

Nampak sangat PAS dalam kedudukan yang agak membingungkan diri mereka sendiri. Sampaikan yang benar pun sanggup mereka tolak dan yang batil pulak yang dijulang.

Adakah itu perjuangan Islam dalam slogan Negara Kebajikan yang dilaung - laungkan oleh mereka sejak akhir - akhir ini? 

Bukankah dalam Islam yang Benar itu perlu ditegakkan dan yang Batil itu disanggah? Atau adakah itu bukan perjuangan PAS?

Setakat kalau tahu bercakap, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je. Tahniah kepada mereka kerana telah menobatkan Pengkhianat seperti Mat Sabun ni menjadi pemimpin besar mereka. Nak memperjuangkan Islam konon. Ceit!!! Pigidah!!!

No comments:

Post a Comment

Followers